Blinking Cute Box Cat

No Title because is about ♥ !

Assalamualaikum !

Holaaaa, holaaa,bolaaa,bolaaa,FIFA 2014 kembali lagi, agak-agak korang siapa yg menang ? GERMANY ke, kita hopee je lah k J fynas tak nk cerita pasal bola, fynas nak cerita pasal orang yg berada di sekeliling fynas, siapa yang fynas syg dan kenapa.minah kepoh ni  cuma nak share, if kalau korang  rase serabukk, supaya korang tak rampas orang disekeliling fynas ni je, ehh, opss, atau ta payah la bacaa,senang cite,hikhik.

Firstly, of course my parent and family, tanpa mereka siapa la saya disini, sentiasa buat lawak, selalu menyakat, kalau jumpa tak sah kalau tak mengenakan, bagi saya mereka adalah yang terpenting dalam hidup fynas, especially emak dan abah, fynas tak tahu macam mne kalau emak dan abah tak ade, mintak maaf banyak menyusahkan sehingga kini dan terima kasih sebab tak buang anakmu yang nakalicious ni,huhu, tanpa emak dan abah, mungkin fynas tak berjaya dan tak hidup bolaat mcm ni, terima kasih emak abah, fynas sayang emak dan abah, please don’t leave me forever and ever ! i don’t know how my life without you :’)



Kedua adalah sebahagian daripada hidup fynas, yang selalu bg fynas semangat, yg selalu lap kan air mata fynas, sentiasa buat fynas gembira kalau tengah bersedih,yg sentiasa care pasal fynas, tg selalu jaga fynas time demam, yg sudi dengar luahan hati, yg punya kenangan diantara mereka dan macam-macam yang lagi.



Fynas tak mampu kehilangan mereka, mereka adalah semangat fynas hingga kini, yg sering buat fynas ketawa dan lupa akan semua kisah duka,fynas tak tahu macam mane rasenya kalau kehilangan mereka sedangkan fynas baru hilang seorang pun macam hampir gila dibuatnya,mereka adalah sahabat yang sanggup susah sama-sama dan senang kongsi bersama, tiada istilah BERKIRA dlm bersahabat dgn mereka, mereka ialah siblings dunia akhirat, yang selalu nasihat tika diri ni salah dan sentiasa memberi semangat tika kaki ni tidak mampu melangkah, ILOVEYOU SO MUCH, fynas tak tahu bagaimana hidup fynas tanpa korang disisi, korang yg sentiasa mebuat kaki ini untuk terus melangkah tika diri  ini rebah J




Bermula perkenalan antara mereka, fynas mula tahu erti sebuah ukhuwah, fynas mula tahu perbezaan antara kawan,teman, dan sahabat. Mereka adalah kawan yang otai tapi dalam masa yg sama alim.ahaha.selama 3 tahun bersama mereka banyak pengalaman dan kenangan bersama mereka, lagi-lagi time dekat hostel dengan kelas tambahan  ade je kepontengan dia disitu, disini, fynas belajar membesar bersama mereka dengan kenakalan yg mencapai tahap 100%, bagaimna pun, fynas ttp ingat mereka, sbb mereka adalah kawan yg pernah berkongsi suka dan duka bersama, walaupun ianya sementara tapi cukup mengajar fynas untuk menghargai sebuah ukhuwah yang terjalin J



Dengan mereka banyak kenangan yg dpt disimpulkan, walaupun masa kita hanya bersama hanya seketika, sentiasa bersama dan sentiasa ada tawa diantara kita, sehari kalau bilik tidak dengar bunyi ketawa memang tak sah,mereka sentiasa buat fynas ketawa, sentiasa menyembuh luka, sentiasa tolong dalam kesusahan, sentiasa bersama,mereka yang  terbaik dan terhebat, walaupun sering ade salah faham, semua diatasi dgn baik dan berhemah, sampai tiada kata perpisahan diantara kita tp apakan daya kita hanya merancang bkn menentukan, seorang demi seorang pergi meninggalkan fynas hingga keseorangan, walaubgaimanapun hati kami sentiasa berhubung walaupun berjumpa di tepi jalan J




Fynas bukan taknak cerita pasal chenta hati tapi hati ini masih tidak bersedia untuk dilamar, cukuplah sekadar keluarga dan sahabat serta kawan yang berada disisi, andai satu hari jodoh ku telah ketemu akan fynas umumkan satu dunia, wakakaka,poyoo.poyooo.siapa lah nak diri ku ini.ahahaha, jiwang pulak.




Fynas rase sudah sampai seru untuk fynas berhenti menaip sebelum lagi panjang berjela fynas duk membebel kat sini, jam menunjukkan 4.08 pagi, mata yang kuyu, semain bertambah kuyu bila dengar lagu how long will i love u by elli goulding ni.esok pagi ade kenduri doa selamat kat rumah, bangun tengok orang dok bace yassin kat aku,pojot gegirl nnt,ahahaha,okay makin melalut, tahap melalut dah mencapai 97%, semakin aku melalut baik gua chaw dulu yaa kawan,. Selamat malam semuaa, tido kalau mimpi jgn lupe selitkan fynas sekali dalm mimpi korangg okayy, assalamualaikumm  J

Cerita tergantung

Assalamualaikum,

Ape punya tajuk lah, mcm cinta tergantung pulak,banyak –banyak tajuk, cerita tergantung jugak dipilihnya, yelh bnyk cerita nk tulis kat blog ni, tp semua tergantung dek kekangan masa dan berokband yg dah expired.

Chopp,chopp, tweett, i follow J hee, berkarat-karat nye lh ayy blog ni, nak hampir setahun meninggalkan dunia blog.last update entry pasal arwah Hazirah L agak lame jugak untuk aku terime knyataan yg arwah dah lame pergi tinggal kan aku, erm dah masuk 10 bulan  arwah pergi, al fatihah untuk sahabat ku.

Ehh,ape cite sodeh ni,okay.okay tukar topik, ni nak kemas sikit, nak mop, nak sapu, nak cat, nak….blaa.blaa lg, dan nk ckp ade sape-sape sudi nak tolong kemas tak, macam rumah usang dah fynas tengok blog ni.

Selama hampir setahun fynas tinggalkn dunia blog ni, bnyk cerita yg fynas nk kongsikan, tp just point-point je lh, nnt klo cerita dari A smpai Z, takut letih pulk mmbace, bkn tu je tangan fynas yg menaip ni pun boleh kejang, mata pun boleh lebam.kahkahkah J

First, pindah bilik lg, pindah lh sbb rumah nk upgrade, trpksa pindah bilik dekat blik classmate,btw okay lah, tp kli ni fynas dah tak sebilk dgn si Atul dan tini, kitaorg semua dh berpecah tapi hati kami tetap satu dan tetap dekat.  J dekat blik baru ni, kene beware sikt sbb ade pencuri tp apakan nasib mlang tidak mengenal tuan, duit ku dicuri sewaktu tidur, sbb sblum tido fynas ade kira duit, bngun pgi nk g apply kerja, chek dompet, tak dok, sabarrr je lha.

Time break sem 3, fynas setart keje di kenny kuantan,msti ade ckp, kenny lg,kenny pun hokay hape, walaupun mulut manager perempuan mcm puaka sikek, sangat pengalaman bekerja dalam waktu banjir dgn seharian takdo elektrik, dan dua hari sebelum nak berhenti telefon samsung S3 aku hilang kene curi, kuang asamm betul pnye pencurikk !

Now, dah hampir masuk semester 5, nampk tak betapa lamenye aku tak hupdate blog hampir satu sem aku tak cerita, aku nk kongsikan Alhamdulillah pointer aku dan kawan aku pada sem 3 menaik semuanya, tp aku menaik pun aku lh yg paling rendah dikalangan kawan aku, btw, aku tetp beryukur dgn apa yg aku dpt J pointer sem 4 ? aku pun still menuggu pointer sem 4, hope aku dan kawan-kawan aku menaik, sbb sem 4 ade lah sem yg mncabar bg aku, karenaa, eh indon plak,hihihi,

Sem 4 kami classmate hmpir repeat satu sbjek,tp nsib baik lecturer Mr Cool ni, mudah utk memaafkan. Disebab sbjek ni, classmate dah tak mcm dulu, ber’gap’, dan buat hal msing-msing.  Subjk utk sem 4 gop agak mencabar lagi-lagi dgn law, pecah pale dibuatnya.

Cuti sem 4 ni aku kerja, aku kerja ni haa, ape name dia, nie kenny rogers roaster, ahahaha, haish kenny lagi, bia lah, rezeki ade dimana- mana, lg pun gaji dh naik tau 5 ringgit sejam dan 7.50 ringgit kalau OT, at least boleh lh tmpung pengajian sem 5 aku nnt, yg penting name takdo dlm list HUTANG dan boleh buat pendaftaran tanpa penyekatan J


Alright, hampir tamat dah cerita, mungkin ade cerita yg nk fynas kongsikan, tp mungkin tak ingat atau tidak perlu rasanya atau biarlah ia terpadam lepas fynas mop dan sapu nnt.wakakaka.walaupun bnyk bende yg berlaku sejk fynas pindah bilik kali ni.biarrlah dia pergi main jauh-jauh.hehehe.okayyy.daaaa.jumpa lagi nnt pada entry lain kali lain hari J

Mati Itu pati.! Setiap Orang pasti merasai mati.!

Assalamualaikum

..korang please jawab salam tuh dulu,korang tahu tak.? setiap hari malaikat datang jumpe kite 70 kali 24 jam sambil mengingatkan kita tentang kematian, mati itu pasti cuma bila dan bagaimana kita mati sahaja tak tahu.

Setiap yang bernyawa pasti merasa mati – surah Ali Imran Ayat 185.

 Korang aku nak share sikit, ini bukan tentang aku,bukan tentang korang yang tengah membaca tp ini untuk mengingatkan kite semua yang masih hidup, yang masih tegelak,masih bernyawa, masih ingat kan kekasih, masih lalai,.!


aku tengah syok makan magi sedap sambil tengok runningman disulami gelak yang terbahak-bahak tetiba hati terasa nak bukak Fesbie, aku bukak dpt satu notify, erm first aku baca dengan lagak biasa tetapi kali kedua aku baca aku terkejut, aku rasa nak jerit, aku nak jerit yang aku telah  kehilangan seorang sahabat yang aku sayangi yang selalu bermain bersama,yang sentiasa meluahkan masalah kepadaku, yang mempunyai perangai gila-gila macam aku,aku tak sangka dia pergi menemui maha pencipta terlebih dahulu.

Yang lebih membuat aku terkilan aku tak dapat jmpe arwah buat kali terakhir, aku tak dpt lihat wajah arwah yang selalu berada di depan aku suatu ketika dahulu, aku tk dapat cium arwah buat kali terakhir mcm mne aku selalu cium berlaga pipi ketika salam, dah 3 tahun kan kita tak contact, dh 3 thun jgak kau jauhkan diri dari aku, dh 3 thun kite tak bergurau bersama mcm dahulu, ini semua lepas kau merajuk dgn aku, kau marah aku sbb aku tak dpt nk tolong kau saat itu, lepas tuh dengan aku yang jarang ada di seremban yang sentiasa busy dengan study dan selalu balik kampong, sekarang aku study kat kuantan lg susah aku nk brjmpa dgn kau.

Tetibe je, aku dengar berita kematian kau, sahabat mane yang tak menangis, kita kawan dah lame, dh banyak kenangan yang kita kongsikan, ingt lagi time tuh aku dtg rumah kau, lpas tuh kau ckp dgn aku kau lapar kan, aku bg kau duit suh beli mee dekat acik milah,then kau masak,itulah first time kau masak untuk aku dan itu jgak lah kali terakhir kau mask utk aku, time tuh kite makan smbil ketawa dan bergurau senda. Yang paling aku ingat ialah time tuh kite amek result UPSR, time aku jalan dengan kau, aku sempat tanya ~kite ni kawan ke kawan baik.? Kau ckp kawan baik, kau nak tahu tak betapa gembiranya hati aku time dengar kau ckp mcm tuh.







Tapi hari ini, ketika ini, aku menangis, aku sedih, aku terkilan yang kau telah pergi menghadap illahi, mungkin aku dpt terima ini semua tp bukan sekarang suatu hari nanti, aku tahu Allah lebih menyayangi kau sahabat, bagi aku terlalu awal kau pergi meninggalkan kita semua, aku tahu mati tak kira muda atau tua,lambat atau cepat tapi mungkin dah ajal kau kan hari tuh.Aku harap tenang lah kau di alam sana, tunggu aku k, aku akan pergi menyusul di kemudian hari,aku sayang kau,aku rindu kau,akan aku ingat setiap kenangan kita yang tercipta selama 2005 hingga 2013, aku akan doakan kau supaya Allah ringan kan azab kubur kau k, tunggu aku tau,itu yang penting,aku akan jmpe kau di alam barzakh suatu hari nanti k. Al-Fatihah buat kau sahabat yang sentiasa di hati. ~ Hazirah Bt Sabarudin~



Korang yang masih dipinjamkan nyawa ingatlah mati kerana setiap hari malaikat datang menjenguk kita untuk mengingatkan kematiaan kepada kita, mati sentiasa menghampiri kita, apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh,korang,korang,korang yang sedang membaca please sedekahkan al-fatihah buat arwah dan please berdoa supaya diringan azab kubur, sesungguh dengan doa korang, korang juga telah mendapat pahala.

Arwah Hazirah Sabarudin